Seksyen 9, Kota Damansara (KD9)

section-9-kota-damansara

seksyen-9-kota-damansara-lanskap-yang-indahLanskap yang indah di hadapan rumah Dato’ Jaafar di Seksyen 9, Kota Damansara.

jalan-rimba-riang-9-1-seksyen-9-kota-damansaraJalan Rimba Riang 9/1,  jalan utama Seksyen 9,  Kota Damansara.  Anda akan menemuinya dari Persiaran Mahogani.

Kota Damansara adalah suatu kawasan perbandaran baru seluas lebih kurang 6km persegi yang terletak di dalam Daerah Petaling, Selangor. Ianya termasuk didalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Kedudukannya berhampiran dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM), Lapangan Terbang Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (SSAS), Bandar Utama (BU), Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Bandar Sri Damansara serta pembangunan baru yang lain seperti Mutiara Damansara dan Damansara Perdana menjadikan Kota Damansara tempat pilihan untuk hunian dan perniagaan baru di Lembah Kelang.

seksyen-9-kota-damansara-terrace-house1Rumah teres dua tingkat,  model Cemara Sari di Fasa 1, Seksyen 9, Kota Damansara.

seksyen-9-kota-damansara-terrace-house2Satu lagi pemandangan rumah di Seksyen 9, Kota Damansara

seksyen-9-kota-damansara-semi-detached-houseD’Rimba, rumah berkembar dua tingkat

Seksyen 9, Kota Damansara adalah salah satu kawasan pembangunan di Kota Damanasara yang dulu dikenali sebagai Pusat Bandar Sungai Buloh (PPSB). Sebelum dibangunkan ia adalah sebahagian dari Hutan Simpan Sungai Buloh. Pembangunan Pusat Bandar Sungai Buloh bermula dalam tahun 1992 dengan pembukaaan Seksyen 7 kemudian dikuti oleh Seksyen 6. Sejak diistiharkan oleh DYMM Sultan Selangor dalam tahun 1999 sebagai Kota Damansara, ianya terus dibangun dengan jayanya oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berserta beberapa syarikat pembangunan hartanah swasta seperti Sunway, Encorp, Dijaya, Kumpulan See Hoy Chan, Bayu Melati dan Paramaount. Terbahagi kepada 14 seksyen, pembangunan Kota Damansara termasuk Sunway Damansara, De Strand Damansara, Sierra Damansara, Tropicana Indah dan Seri Utama. Terdapat Pusat Perubatan dan Pendidikan di Seksyen 2, Taman Sains Selangor di Seksyen 3, Taman Botani dan Pusat Sukan dan Rekreasi di Seksyen 5, Kelab Golf Seri Selangor (KGSS), dan Kelab Polo Selangor (SPCC).

section-9-kota-damansara-primary-schoolSekolah Kebangsaan Seksyen 9, Kota Damansara

taman-rekreasi-seksyen-9-kota-damansaraTaman Rekreasi Komuniti Seksyen 9, Kota Damansara terletak berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan dan bersebelahan dengan Surau al-Ulum

taman-rekreasi-seksyen-9-kota-damansara3iDi Taman Rekreasi Komuniti ini ada lapangan bola keranjang, sepak takraw/badminton, laman kecergasan fizikal, laman permainan kanak-kanak serta meja catur yang juga boleh anda kunjungi dan berrekreasi di waktu malam kerana terdapat lampu yang menyinari.

Kini terdapat lebih dari 8,000 unit rumah kediaman dengan lebih 30,000 orang penduduk. Perlu dinyatakan juga Kota Damansara juga menempatkan perumahan golongan berpendapatan rendah dalam skim perpindahan perumahan setinggan dari sekitar Daerah Petaling. Di Seksyen 9, terdapat perumahan teres, rumah berkembar dan banglo dengan kepadatan yang rendah kerana tiada rumah pangsa didirikan disini. Ruang perniagaan ada dirancang, tetapi belum dibangunkan. Terdapat satu Sekolah Kebangsaan, Surau, Taman Komuniti serta Taman Rekreasi, Taman Rimba Riang. Nama-nama jalan diambil sempena nama burung Rimba Riang.

surau-al-ulum-seksyen-9-kota-damansaraSurau al-Ulum, boleh memuatkan 160 orang jemaah, dimana masyarakat Islam setempat mempelajari ilmu Islam serta menjalani aktiviti masyarakat

aktiviti-surau-al-ulumSaban hari pelbagai aktiviti dilakukan dari kuliah harian, perbincangan umum, kelas khusus untuk wanita diwaktu pagi, bantuan kepada anak-anak yatim dan miskin, majlis khatam Quran, tadarus, aktiviti remaja, bantuan kepada mualaf……

Seksyen 9, Kota Damansara boleh dikunjungi melalui Lebuhraya Damansara Puchong (E11-LDP) dan Penchala Link (E23) menerusi Persiaran Surian dan Persiaran Mahogani. Anda juga boleh datang melalui laluan Jalanraya Persekutuan Sg Buloh-Subang (Laluan 15) dan masuk melalui Persiaran Mahogani dan Persiaran Jati (Seksyen 8). Laluan ini akan membawa anda melalui laluan hijau dimana disepanjang jalan ini terdapat banyak gerai lanskap dan tanaman sebelum samapai ke Seksyen 9. Jalan masuk ke Kota Damansara yang lain ialah melalui Lebuhraya Baru Lembah Kelang (E1-NKVE) melalui persimpangan Kota Damansara. Laluan bukan utama lain ialah melalui Tropicana Indah dan jalan susur tepi Plaza Tol Damansara.

taman-rimba-riang-kota-damansara1Taman Rimba Riang.  Tempat rekreasi masyarakat Kota Damansara terletak di Seksyen 9.

taman-rimba-riang-kota-damansara2Pemandangan di Taman Rimba Riang yang dikunjungi ramai orang terutama dihari-hari cuti dan hujung minggu.

taman-rimba-riang-kota-damansara3iPelbagai pengunjung, pemandangan dan kegiatan di Taman Rimba Riang.  Ada yang berlari, bermain di laman permainan, bermain layang-layang, beristirehat dan makan.

mamadou

19 comments

  1. Hi Orang Baru
    There are “MBPJ’s Electricity Feeder Pillar” or Steel Box nearby. You can switch on the light as many light switches inside the box.
    Which part of Sect 9 are you residing? Thanks

    Like

  2. boleh saya tanya..macam mana nak buka lampu di taman rekreasi seksyen 9 pada waktu malam??

    Like

  3. Hi, Saya sedang mencari rumah teres untuk di sewa di kws kota dsara, bdr sri dsara atau kws sekitar. Sila hubungi saya jika ada. Terima kasih

    Like

  4. Saudara,

    Terima kasih atas kunjungan serta komentar anda. Ya saya juga masih ingat ketika saya mula datang ke Pusat Bandar Sungai Buloh nama asal sebelum ditukar menjadi Kota Damansara. Saya masih dapat menyaksikan bekas tapak perkampungan Sungai Rumput. Inilah pembangunan. Apakah perlu pembangunan mengorbankan penempatan yang sediaada?

    Like

  5. tahun 1980 kami tinggal di sini…kg sg rumput..dikelilingi ladang kelapa sawit, ladang getah dan hutan simpan. ada kira2 30 keluarga melayu di situ…udara nyaman , tanah subur. kami bangunkan surau , kami tanami sayur dan ubi. jalan masuk ikut jalan sg penchala , bersebelahan tmn tun dr ismail , dulu ada sebuah SJKT Ldg Efingham..jalan sunyi , naik turun bukit . ada anak sungai kecil yang nyaman. kami dapat makan buah dan sayur hutan. kami boleh pesan landak dan kancil daripada orang asli di situ. malam yang tenang , sayup suara anak anak didik darul arqam berlagu nasyid dan berzanji. aduh…damai sungguh. tiba-tiba pada tahun 1984 , bunyi mesin penebang pokok riuh , tak henti-henti…semakin lama semakin menghampiri pondok kami . kami terpaksa lari meninggalkan kediaman yang kami sayangi….maka sekarang tapak pondok kami menjadi sunway damansara..tasik asalnya masih kekal. di sekeliling lainnya ialah kota damansara ,tropicana , bandar utama , damansara perdana dan lain-lainya….wah mewah sungguh negeriku !!!!

    Like

  6. yo bro,

    hows the security at Sec 9 KD, was thinking of buying a property there to raise my 1 year old daughter……..but worried whether xecurity is good is this neighbourhood.

    somemore the property i looking at can only park 1 car means 2nd car need to park outisde…..any comments on car theft ??

    i understand that most ppl pay a monthly fees for security to patrol at nite … is it effective ?

    Like

  7. Assalamualaikum Alid

    Oh dah lama tinggal di KD ya. Begitulah keadaannya yang tidak sunyi dari perubahan. Kalau dulu sunyi sekarang sudah sibuk denaghn kenderaan dan perdagangan yang banyak, tidak lama lagi Sunway Giza pula akan dibuka. Moga kemajuan di KD akan terus menjadi tempat yang sesuai untuk hunian sekarang dan akan datang.

    Terima kasih. Selamat melawat kembali ke blog saya

    Like

  8. Dah hanpir 4 tahun tinggal di D’Villa Botani, Kota Damansara.

    Dulu masa baru pindah, Giant belum ada, jalan di luar kurang kereta

    Sekarang sudah Giant sudah di buka dan beberapa appartment telah didiami

    kenderan makin banyak

    dulu takut pada pencuri atau penjenayah

    sekarang takut dengan kenderaan yang di pandu laju tanpa berhemah

    Apa pun saya memang suka Kota Damansara

    tempat yang palng strategik selepas Puchong dan Bangi

    Like

  9. Murah atau mahal itu relatif Pak. Pasti ada banyak disini, yang bagus bagi saya Condominium Rozelle. Traffic jam itu bagi saya jarang jarang ada disini amat mengejutkan. Sesudah melalui beberapa bulan, diamati traffic jam utamanya disebabkan sikap pemandu yang kurang berhemah. Mana ada luang disitu mereka mencelah. Maka dihujung jalan akan jadi tersendat. Pihak yang berkuasa pula kurang sensitif, berkawal dilampu isyarat, tidak punya upaya untuk mengolah masalah yang sepertinya sepelet itu. Mungkin kerana masalah trafik itu sudah jadi sebati dalam kehidupan ……jadi biasa

    Like

  10. Pak,

    Kawasan KD dah jadi kawasan mewah lah. Nak masuk pun jam, nak keluar pun jam. Hari itu anak saya cari apartment nak sewa. (Dia kerja kat Damansara Utama), tapi saya risau public transport tak bolih harap.

    Kalau hujan lagi teruk. So kena lah sewa dekat DU.

    Tapi kalau ada apartment murah, mungkin dia nak beli tahun depan, Insya’Allah.

    Like

  11. Dear Uncle Awang

    It is no difference. I consider my self lucky. I managed to buy a house there during recession in 1999. I have applied 2 times to buy the house in this scheme in 1997 and 1998 but not success. During that time in 1999 the potential need not to apply or submit the application but rather to bring your deposit money of advnace payment. The rest will handle by the developer…..however the scenario has change. Initially itended for the lower income group and resettlement of squatters but now the upper class residential outnumbered the former with the tag price that I never imagined before…………

    Thanks for visiting and sharing your thoughts tooooooo…..

    Like

  12. Kawasan perumahan yg indah,udara yang segar.The picture tell the whole stories,macam documentry filem anyway Thanks for sharing.
    Well,,I don’t know in Semananjung but in Sarawak housing is so much costly now ,apa lagi jika kawasan elite near to city.
    Rumah rakyaat pun sama..you know what the state say..bukan kita tak tolong rakyaat..bank tak lulus loan bukan kita (state housing minister)yang tak kasih rumah???..dia marah bank pulak.

    Like

Leave a comment