MMM's "Everything is Possible"

… … … life trail of a wanderer

Jejak Seorang Hamba

Jejak Seorang Hamba

Point of No Return

Hari ini saya telah menjejaki suatu perjalanan yang amat simbolik.  Setiap langkah membawa diri saya semakin hampir ke tempat dimana wujudnya monumen yang destinasinya dulu amat menyayukan hati.  Jejak ini, saya jejaki dengan berjalan kaki, membawa diri merentasi 4 kilometer jalan duka yang kering dan berdebu.  Langkah ku merangkumi suatu rentetan yang dikenangi sebagai Jalan Hamba di Ouidah.

Lebih kurang 150 tahun yang lampau setelah tamatnya perniagaan jual-beli manusia untuk dijadikan seorang hamba, banyak perkara telah berlaku dan berubah di sepanjang jejak ini.  Lelaki dan wanita kelihatan berjalan bebas kesana kemari ketika matahari mula menyinar.  Anak-anak bermain bolasepak, permainan kegemaran ramai, diantara dinding-dinding rumah konkrit dan tampaknya pembinaan sebuah hospital baru sedang berjalan lancar.  Walau adanya kegiatan dan kehidupan baru dan moden disepanjang jejak ini dan kadang-kadang tampak sekumpulan pelancong yang berkenderaan kearah pesisir pantai menjadikan jejak ini gemuruh dan debu berterbangan memecah kesunyian yang tetap terasa.

Jejak Seorang HambaRakyat Benin memberikan daya usaha mereka untuk memulihara Jalan Hamba di Ouidah ini.  Jejak yang pernah dilalui oleh seorang hamba ke dunia baru yang mereka tiada diketahui apa dan dimana, dipulihara moga generasi hari ini dan akan datang dapat menyelami hakikat sejarah kelam masa lampau negara dan benua mereka.

Ketika hamba jadi barang dagangan, Ouidah menjadi salah satu tempat mengeksport para hamba dari benua Afrika.  Dagangan ini yang berasal dari Kerajaan Abomey telah menangkap dan membawa mereka lebih 100 kilometer ke selatan, ke pesisiran pantai Ouidah.  Mereka di bawa ke kapal-kapal besar saudagar  untuk ke dunia baru.  Untuk memperingati jejak jutaan bangsa Afrika, dan yang telah melalui perjalanan sedih tetapi maut memanggil mereka sebelum tiba ke destinasi, Pemerintah Benin telah menjadikan jejak dan simbol-simbol di sepanjang jalan sebagai suatu rakaman sejarah dan budaya negara.

Jejak Seorang Hamba     Jejak Seorang Hamba     Jejak Seorang Hamba     Jejak Seorang Hamba

Jejak ini sekarang bermula di bahagian selatan Bandar Ouidah yang tandai dengan papan tanda peringatan dan sebatang pohon sebagai tanda kerajaan Abomey silam di mana bermulanya perjalanan mereka.  Dari titik ini, jejak melalui pinggir bandar dan ditandai dengan dengan beberapa simbol maharaja-maharaja yang bersikap anti perdagangan hamba.   Disepanjang jalan ini ada beberapa tanda ditulis untuk memperingati sejarah ini.

Ada sebatang pohon dulunya dikelilingi oleh hamba-hamba yang diikat kaki dan ditutup matanya, agar jika terlepas mereka akan lupang jalan pulang.  Pohon ini dipanggil Pohon Kealpaan (Tree of Forgetting).  Pohon ini tiada lagi, kini diganti dengan symbol arca keluli. Dikatakan hamba-hamba lelaki dikehendaki mengelilingi pohon itu sebanyak 9 pusingan manakala hamba-hamba wanita pula sebanyak 7 pusingan.

Jejak Seorang Hamba     Jejak Seorang Hamba     Jejak Seorang Hamba

Kira-kira di pertengahan jalan diantara Ouidah dan pantai, ada satu lagi ukiran arca yang mewakili La Case des Zomai.  Tempat ini merupakan satu perhentian penting dalam perjalanan hamba-hamba kerana dalam kamar gelap ini mereka dikurung dan diam tanpa bicara sehingga kapal untuk mengangkut mereka tiba.  Hamba yang menghasut yang lain supaya memberontak diikat, dikurung dan diseksa.  Kini ada arca simbolik dua tubuh hamba yang diseksa.

Kemudian terlihat ada Tembok Tangisan (Wall of Tears), tanda di mana hamba-hamba yang sakit atau dikira tidak berdaya untuk meneruskan pelayaran melepasi lautan ditanam hidup-hidup dalam satu pusara besar.  Mereka dikurung, diseksa disepanjang perjalanan. Inilah nasib mereka, lelaki dan wanita yang ditangkap dan didagang untuk dijadikan hamba.  Tembok Tangisan  memperingati jiwa manusia yang disia-siakan dan keseksaan mental terlampau yang dialami oleh hamba-hamba yang meneruskan pelayaran mereka ke dunia baru.  Mereka yang berjaya melayari ke dunia baru ini menyaksikan sengsara suami dan isteri, sahabat dan keluarga mereka yang akhirnya dinilai oleh para penangkap dan pedagang manusia sebagai insan yang tiada nilai.

Jejak Seorang Hamba

Selepas Tembok Tangisan, jalan melalui denai pendek ke tempat akhir upacara yang dikenali sebagai Pohon Kembali (Tree of Return).  Disini tegaknya pohon asli yang digunakan untuk upacara ini.  Hamba-hamba yang akan berangkat akan mengelilingi pohon ini sebanyak tiga kali, dengan maksud jika mereka meninggal di dunia baru, roh mereka akan kembali ke tanah airnya.  Maharaja yang menangkap mereka ingin memastikan upacara ini sebagai cara melindungi mereka yang akan diperdagangkan.

Jejak Seorang Hamba

Dari Pohon Kembali, jejak melalui lapangan terbuka ke Laut Atlantik.  Berjalan sepanjang jejak akhir ini, tidak dapat digambarkan apakah perasaan mereka yang diheret dengan kakinya dirantai, jauh dari kediaman dan keluarga.  Apakah yang akan terjadi kepada untung nasib mereka ditempat asing diseberang lautan, itu pun jika mereka berjaya sampai ke destinasinya.

Ketika berjalan ke pantai, saya tidak dapat membayangkan bagaimana apa yang mereka rasai 150 tahun yang lalu.  Walaupun saya tidak bersendirian, tiada kata yang boleh diungkapkan hanya kesunyian dan jika hari ini kesunyian terasa bagaimana pula suasana waktu lampau.

Jejak Seorang Hamba

Beberapa detik sebelum tiba ke pantai, jalan menaik sebuah jambatan yang merentasi sebuah tasik, dimana anda terhidu bau udara lautan selayaknya seorang hamba mengambil langkah terakhir mereka diatas tanah tumpah darahnya.  Monumen akhir di Jejak seorang Hamba ini adalah Tempat Tak Kembali (Point of No Return).  Dibina gerbang besar yang terukir arca menggambarkan hamba-hamba yang akan berangkat.  Tempat Tak Kembali ini menandakan berakhirnya kehidupan mereka sebagai orang Afrika dan bermulanya kehidupan asing sebagai orang yang terbelenggu dengan budaya baru yang amat asing.  Jejak Seorang Hamba di Ouidah terukir sebagai peringatan masa lampau dan pengharapan kehdupan baru yang bermakna.

Jejak Seorang Hamba

Inilah adalah perakuan suatu perlakuan dalam lipatan sejarah peradaban dan kemanusiaan dan tugu kekuatan dan keberanian manusia yang berjaya terus hidup, sungguhpun mereka telah menempuhi ranjau dan liku yang tidak pernah impi dan bayangkan dalam hidupnya.  Lokasi ini telah dijadikan dan diiktiraf oleh UNESCO sebagai salah satu lokasi sejarah.

Jejak Seorang HambaNamun dalam termanggu saya menginsafi perdagangan hamba dari benua Afrika ini mungkin sudah berakhir.  Tetapi dalam kehidupan ini masih terlihat manusia diperdagangkan dalam kegiatan politik demi untuk memerangi keganasan apatah lagi dalam permasalahan dan kemelut ekonomi dan sosial .  Apakah keadilan manusiawi masih ada? 

 

mamadou.  

6 responses to “Jejak Seorang Hamba

  1. mamadou June 29, 2008 at 3:46 pm

    Assalamu’alaikum Mat Salo

    First of all thank you very much for your time visiting my blog despite your busy schedule as work in the offshore drilling rig warrant you to works more than 24 hours a day. In fact I really enjoy your writing more especially how you put up the story lightly but the story line verysmooth and as a reader wanted to know more from you. Thats how you compose the words and sentences

    Ya Pak Mat Salo itu pengalaman ketika saya ke Benin kerna tugas resmi tetapi cari luang untuk ke Ouidah kerana Ouidah salah satu tempat mengeksport hamba ke Amerika, dan satu di sebuah Pulau sekarang dipanggil Slave Island di Senegal untuk menghantar mereka ke Eropah. Tapi ketika itu saya tak punya kamera jadi pinjam kamera teman aja. Vodoo sesuatu yang paling menarik dari Benin. Dia bukan ilmu hitam seperti banyak sangkaan dari orang yang membaca dari perspektif orang Amerika. Vodoo rupa-rupa satu kepercayaan sebahagian masyarakat di Benin dan masih dipraktis hingga hari ini dan kini sudah dipromosi jadi punca keuangan, setiap Januari diadakan festival Vodoo di Ouidah.

    Travels and works in Africa wise up my perspective in life. One of them is simplicity. They live and works simple, their way. One more things very pertinent is about time, this saying very right to picture time about time ….”You westerners may have a watch, but we Africans have the time”

    Thanks for your links and visit

  2. Mat Salo June 29, 2008 at 3:22 am

    Assalamu’alaikum Pak Mamadou!

    This is certainly very belated and I can’t tell how much I appreciated your visit and cared to leave your comment. Makasih, Pak…

    Pak, I have gone and read your previous posts and I enjoyed it very much since we both had experiences in Africa. But you have definitely traveled far and wide, more than me, Pak. Very well written, Pak dan saya kagum lagi kerana Bpk bisa write in Bahasa just as well. Sadly, Bahasa saya ‘hancur’ Pak.

    This Benin storyis a bit close to my heart. I once had a trainee in Vietnam called Alanmanou who was from there. He was extremely smart because he had a scholarship from the French Gov’t to do his degree in France. He’s now in the States. he shared many stories of Benin’s fascinating past – esp. the slave trade. But I enjoyed his ‘voodoo’ stories too because apparently voodooism started there…

    Thanks, Pak. Enjoyed and will continue to enjoy your African travelogue a great deal. Please keep them coming, Pak. Pak if you don’t mind I’ve already added you on my blogroll.

    Again, thank you!

  3. mamadou June 27, 2008 at 11:13 am

    Assalamu’alaikum Uncle Awang

    Jangan Bersedih Uncle. Tinjau kembali kepada sejarah menjadikan kita lebih memahami apa yang telah dan bagaimana ia terjadi. Menginsafi kejadian dari sejarah menjadikan kita lebih matang dan berdaya bergerak untuk hari esok dengan lebih teliti dan mantap.

    Terima kasih atas kunjungan anda

  4. uncleawang June 26, 2008 at 12:06 pm

    Salam ,
    Selepas membaca apa yang Saudara cerita …memang sedih.

  5. mamadou June 25, 2008 at 9:44 pm

    Assalamu’alaikum Fauziah

    Slavery still exists. Before this I not really bother except thinking thats part of economic activities in capitalism world but then when to face off, think and experience my self in many thirld world countries, I become realised that we live in slavery world but in different form and terminology

    Thank you for visiting and giving your thought.

  6. Fauziah Ismail June 25, 2008 at 5:22 pm

    Salam Mamadou
    I felt overwhelmed reading this post.
    Even in this day in age, slavery still exists although not the form you have beautifully written in the Malay language (I wished I could write the same way you do) and also in countries far more advanced than those in Africa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: