MMM's "Everything is Possible"

… … … life trail of a wanderer

Musim Panas dan Musim Buah Mangga

Sekarang ni musim panas di Mali.  Musim Panas biasanya bermula dalam bulan Januari atau Februari dan biasanya berakhir dalam Julai atau Ogos bilamana musim hujan akan tiba….namun musim hujannya tidaklah seperti musim hujan ditempat kita. Dua bulan lalu di minggu ketiga bulan January 2008 ketika baru tiba di Bamako Mali untuk kali keempat, cuaca masih agak sejuk, walaupun panas matahari terik tapi tiupan anginnya sejuk, terasa dalam sekitar 23-24C dan malam harinya bertambah sejuk dalam sekitar 18-20C.   Bangun pagi airnya dingin sekali perlu water heater  untuk air mandi panas.   Tapi ini kepada yang mampu sahaja, yang tidak mampu pada kemewahan seperti itu tidak perlulah mandi dipagi hari……….

Musim Panas dan Buah Mangga

Sungai Niger (Koulikoro)

Dipertengahan bulan Februari lalu cuaca dah panas tapi sekitar 33C sahaja dan malam hari masih sejuk kerana adanya tiupan angin.  Disiang hari kelihatan seperti jerebu kerana angin datang membawa debu.  Rumah atau peralatan dalam rumah perlu dibersihkan, kalau boleh dua kali sehari tapi saya tak mampu melakukan kerana tidak punya pembantu rumah yang ramai.  Saya hanya punya satu orang yang datang membersihkan lantai sahaja setiap pagi.  Golongan yang mampu disini memang mempunyai pembantu setidak-tidaknya dua atau tiga orang.  Seorang menjadi penjaga rumah dan yang lain pembantu rumah malah yang mampu mempunyai lebih dari tiga orang. 

Musim Panas dan Buah Mangga

Sungai Niger (Bamako) 

Mulai minggu lalu cuaca bertambah panas, cuaca disiang hari dah menjadi 40C dan malam hari terasa dalam sekitar 23C.  Terasa sangat panas kerana minggu ni tidak ada tiupan angina jadi bahang panas amat terasa.  Dimalam hari memang bahang panasnya terasa amat sangat tambah pula tiada angin sejuk bertiup.  Apatah lagi bahang dalam rumah, jadi lebih selesa berada di luar rumah.  Sudah menjadi budaya disini, setiap petang setelah teduh dan mandi petang mereka akan berkumpul hingga ke malam malah ada masanya hingga  ke dini hari berbual dan minum teh. 

Ya, panas dan kehangatan sudah amat terasa, yang amat dibimbangi ketika musim panas ni ialah terputusnya bekalan air dan bekalan elektrik makin kerap. Hari ini sahaja sudah tiga kali bekalan elektrik terputus.  Tetapi selalunya putus bekalan elektrik atau air selalu agak sekejap mungkin kerana catuan bekalan. 

Terasa tahun ni cuaca panas melebihi dari apa yang pernah dialami ditahun lalu.  Lebih membimbangkan ialah air sungai akan bertambah kering atau memang sudah kering, jadi tanaman para petani tidak mungkin akan menghasilkan tuaian yang diidamkan.  Dikhuatiri mungkin tanaman boleh mati.  Tanaman padi, kentang, millet, ubi kayu, pisang, limau, betik dan sayuran seperti tomato, bawang, kacang dan lain banyak ditanam dikampung-kampung.

Musim Panas dan Musim Buah Mangga

Tanaman Bawang (Bandiagara)

Tapi yang saya nantikan dimusim ini ialah kedatangan buah mangga.  Musim buah tembikai sudah berlalu sebulan lalu.  Sekarang sudah tiba musim buah mangga.   Dimana-mana kelihatan pohon mangga berbunga malah sudah ada yang sudah berbuah.   Dalam perjalanan ada juga kelihatan para petani sudah mula berjualan ditepi jalan, namun  dipasar atau dijalanan Bamako belum lagi kelihatan jualan mangga. 

Musim Panas dan Buah Mangga

Bunga Mangga

Jenis mangga disini diberitahu oleh teman-teman, ada bermacam-macam namun yang biasa dan ada terjual ialah; Griffe atau Gill, Americain, Miska, Noungourouni dan Soumale.

Musim Panas dan Buah Mangga

Mangga Miska

Yang paling saya suka ialah mangga jenis Griffe dan Americain.  Saiznya besar dan mempunyai berat lebih kurang 300 gram sebiji, rasanya pun enak.  Miska juga enak rasanya tetapi bersaiz kecil satu pertiga dari saiz Griffe, dan mempunyai banyak air.  Orang disini siuka makan mangga Miska begitu sahaja tanpa dibuang kulitnya.  Harganya pula berbeza bergantung kepada lokasi.  Jika di Bamako harga mangga sekitar FCFA1,000 (~USD2.00) satu kilogram tetapi di luar Bamako biasanya dijual dalam kiraan longgok, satu longgok FCFA1,000.  Jika dihitung, bilangan buah dalam satu longgok lebih banyak dari yang jual secara kiraan berat.

Musim Panas dan Buah Mangga

Mangga Americain

Ada perusahaan disini yang membuat jus minuman asli dari buah mangga.  Malah jus buah-buahan lain juga seperti jambu batu, nenas, asam jawa, betik atau halia.

Inilah salah satu hasil pertanian Negara Mali.  Pertanian moden mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk dipraktikkan walaupun banyak bantuan telah dan sedang diberikan oleh agensi antarabangsa seperti FAO dan USAID.  Apakah bezaya dengan negara kita, pertanian masih ditahap lama, tidak moden dan tidak memberikan pulangan yang baik.

mamadou

4 responses to “Musim Panas dan Musim Buah Mangga

  1. mamadou April 2, 2008 at 10:24 am

    Ayoh Wi, saya sekarang ni di Republic of Mali. Land of Timbuktu where many people like to mention but afraid to visit. Once you visited, you will returns. Thanks

  2. Zawi April 1, 2008 at 11:16 pm

    mamadou,
    Buat apa di Nigeria? Kerja ngan Petronas ke?

  3. mamadou March 24, 2008 at 1:04 pm

    Hee hee…. kalau ada rezeki……….tapi tempoh hari beg sudah over weight daaaaa……!!!

  4. moo_frijolito March 24, 2008 at 12:42 pm

    nanti pulang bawa la balik mangga untuk kitorang kat sini .
    heee .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: